Semua emosi ini membawa makna yang berbeza. Kita kena tahu apa yang kita rasa secara spesifik & menamakan perasaan itu. Ini namanya “emotional literacy.”

Bebenang.

Bila kita tahu lagi banyak perkataan untuk menamakan emosi, lebih mudah untuk kita diskriminasi antara setiap perasaan yang berbeza. Kenal pasti perasaan, fahaminya dan luahkan. Bila kita menamakan emosi, kita mengaktifkan “prefrontal region” dalam otak dan respons di amygdala berkurangan. Kesannya, lebih mudah untuk kita bertenang.

Sama seperti waktu kita membawa kereta denganlaju dan kita menekan brek secara perlahan-lahan, akhirnya kereta berhenti. Bawa kereta tu macam emosi yang membuak-buak, tekan brek tu macam kita label emosi. Nanti emosi tu berhenti membuak-nuak dan berkurangan secara perlahan-lahan.

Boleh tengok roda emosi (emotion wheel) ini supaya kita lagi banyak perkataan untuk menamakan emosi kita.

Namun ini hanya sekadar penerangan umum untuk mengenal pasti dan memahami emosi, bukan “solusi” untuk mereka yang ada kecelaruan mental. Bila dah sakit, lebih kompleks, perlu untuk berjumpa dengan pakar.

By Akif Basri, Young Minds Malaysia

young_editor Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *