ARE YOU FEELING HURT?

Hidup ini bagai roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Adakalanya kita merasakan hidup kita cukup gembira dengan apa yang kita ada, penuh kebahagiaan dan warna-warna ceria. Kita merasakan keceriaan ini kita yang punya dan tiada siapa yang boleh mengambilnya. Tetapi, adakalanya panas yang diharapkan sampai ke petang, rupanya hujan boleh turun di tengah hari.

Adakalanya, apa yang diharapkan hanya sementara dan wajah-wajah duka mula mendatangi kehidupan kita.

Itulah rencam dunia. Itulah rencam kehidupan. Tiada yang sempurna.

WHY DO WE FEEL HURT?

Jika kita renungkan kembali, kebanyakkan masa kita bersedih adalah disebabkan EKSPEKTASI kita pada situasi yang berlaku. Dalam erti kata lain, kita mengharapkan sesuatu berdasarkan kemahuan kita dan bukan realiti sebenar sesuatu itu berlaku.

Your feelings of being hurt result from a combination of how you perceive a situation and how you’re interpreting how others have responded to you throughout the day

WHAT THE CONSEQUENCES OF FEELING HURT?

Terlalu banyak emosi yang akan melanda sekiranya kita berasa sensitif dan sakit hati. Antaranya, kita akan mudah merasa marah, menyampah, benci, cepat melenting, sedih dan akhirnya boleh membawa kepada kemurungan.

Menyimpan terlalu banyak perasaan juga boleh mengakibatkan hubungan baik dengan rakan dan ahli keluarga juga terjejas. Paling teruk, ia boleh membawa kita untuk berdendam, cari pasal, hilang kepercayaaan pada diri sendiri dan orang lain.

And of course, this happens if you’re taking things too seriously and personally.

Apa sahaja yang orang lain lakukan mungkin akan anda anggap seperti menyerang diri anda, menyerang your own values and kepercayaan dan personality dan ini akan menjadikan keadaan bertambah buruk.

Your perceptions are simply clouding your judgment and subsequently triggering your hurt feelings.

Adakalanya juga, people hurt us too, because they too are in pain or hurting in some way.

PAIN IS INEVITABLE. SUFFERING IS OPTIONAL

HOW TO OVERCOME PAIN

1. DEFINE YOUR PAIN

Step pertama yang perlu dilakukan adalah dengan acknowledging/ mengakui yang anda merasakan kesakitan itu. Akui yang anda merasa sakit. Akui sebab dan punca sakit itu. Fahami akar umbi dan punca kesakitan itu. Ingat, sakit dan sebarang emosi yang datang itu tidak begitu penting, yang penting apa yang anda akan lakukan seterusnya. What’s next….

2. FEEL AND EXPRESS THE PAIN

Adakalanya sukar untuk meluahkan dengan kata-kata rasa sakit yang anda alami. Dan bukan semudah membaca ABC untuk mencari orang yang benar-benar anda percayai untuk anda luahkan kata-kata dan perasaan anda. Walaupun dia kawan baik anda, tetapi belum tentu dia adalah orang yang anda percaya untuk anda luahkan segalanya-segalanya. Pain is personal. Its takes courage to be spoken in words. And if you are the chosen one (your friend chooses you to talk about her / his pain, be there, do not judgmental, don’t brush them away, it may save lives)

Dan sekiranya anda rasakan tiada yang mampu atau sudi mendengar, the way you want it to be, write it down in the journal. Write it in a letter and burn it. Let it all out.

Adakalanya, menulis jurnal membantu anda memahami fikiran anda dengan lebih baik. Apa yang berselirat dan tersirat di minda dapat dihuraikan dengan cara menulis di dalam jurnal. Apa yang dapat anda lihat lebih mudah untuk dihadap dari apa yang tersimpan difikiran.

3. TRY TO STAY IN THE PRESENT

Berhenti berkata “kalaulah”. “Kalaulah aku begitu, kalaulah aku tidak begini”. Reliving in the past can be very traumatizing. Stay in the present. Fokus apa yang anda ada. Hargai apa yang ada di depan mata dan bukian berkalau-kalau perkara yang tidak pernah terjadi.

4. STOP REHASHING THE STORY

Adakalanya kita bercerita kisah sedih kita over and over. Mungkin dengan niat untuk mendapatkan simpati dan support. Tetapi, over time, sekiranya kita masih teruskan dengan cerita sebegitu, ini akan membuatkan kita stuck dalam kisah lama yang tiada kesudahan dan kita tidak membenarkan diri kita untuk moving forward.

5. FORGIVE YOURSELF

No right or wrong in making decision. Tiada salah silap dalam membuat keputusan. Kita membuat keputusan pada ketika itu berdasarkan apa situsai yang kita alami ketika itu. Tiada keputusan yang betul atau salah. Jangan pernah menyalahkan diri sendiri. Maafkan keputusan yang pernah anda lakukan. Maafkan diri anda kerana ini penting untuk perjuangan seterusnya.

6. DON’T LET THE PAIN BECOME YOUR IDENTITY

Jangan biarkan hidup anda dibelenggu misteri kesakitan.

7. RECONNECT WITH WHO YOU WERE BEFORE THE PAIN

Adakalanya, sewaktu kita merasa sedih dan sakit, kita kan manjauhkan diri dari orang yang hampir dengan kita. Kita akan mengelakkan diri dari mereka dan we tend to dwell much in our own emotions. Kita menjadi strangers pada orang yang begitu hampir dengan kita. Jangan begitu. Perhubungan tidak seharusnya berakhir begitu. Apa yang anda rasakan hanyalah sebahagian emosi yang tidak enak, tetapi anda tetap anda. Anda tetap orang yang sama di mata sahabat dan cinta hati anda yang menhargai anda.

8. FOCUS ON THINGS THAT BRING YOU JOY IN THE MOMENT

Lepaskan perkara yang menyedihkan. Tetapi itu bukan mudah. Anda tak  perlu lepaskan semuanya serentak namun anda boleh beri ruang untuk perkara yang menggembirakan menghuni hidup anda.

Focus on new things. Start simple. Hobi baru mungkin? Bela kucing mungkin? (PAPA, PLEASE GRANT ME CAT……..PLAESEEEE)

9. SHARE THAT JOY WITH OTHER PEOPLE

Kita sering mengasingkan diri bila kita rasa sakit dan susah hati sebab kita rasa lebih selamat begitu. Tetapi apa yang sering kita lupa that kita tak perlu ras terlalu lemah setiap kali. Choose what we can control and leave what we can’t. Beri masa dan ruang untuk Bersama dengan mereka tanpa perlu menceritakan tentang rasa sakit yang kita alami.

Kita boleh berkongsi hobi, makanan, moment dan rehatkan diri anda dari rasa marah dan emosi yang mendesak. Biarkan diri anda gembira. Biarkan diri anda merasa tenang biarpun seketika kerana you are worth every single breath. Ingat, It’s Ok not to be OK. Your emotions are valid. Semua orang layak untuk merasa gembira. Dan gembira, hanya kita sahaja yang boleh melakukannya.

Rujukan

  1. 10 Happinss Tips for People Who Have been Hurt. Lori Deschene. www.tinybuddha.com
  2. 9 Ways to Respond When Someone Hurts You. www.psychologytoday.com
  3. How to Overcome Hurt and Start Moving on with Your Life. Blog.iqmatrix.com

Dr. Syuhaida Abdul Razak, Young Minds Malaysia

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *